Everyone can't run away from problems . But , remember . Setiap yang berlaku ada hikmahnya . Allah sentiasa bersama orang-orang yang bersabar . This is my life , my story , my diary :D

Tuesday, 25 February 2014

Belajar Memandu Buat Aku Stress! Herghhh.

Assalamualaikum. Hye.

Harini memang aku takda mood sangat-sangat. Banyak termenung. Sakit kepala lagi. Aduhh. Ini semua sebab aku pergi belajar memandu. Aduyaiii.  Sebelum aku memulakan cerita aku yang menyakitkan hati ni, aku ada satu soalan yg tengah menari-nari dalam kepala otak aku ni. Cikgu-cikgu yang ajar memandu dekat Malaysia ni memang panas baran ka? Kenapa teruk sangat perangai? Aku ni silap haribulan boleh kena darah tinggi tau dengan cikgu-cikgu memandu ni. Aku bukan tunggul yang tak ada perasaan. Aku manusia biasa. Senang-senang ja nak maki aku bertubi-tubi. Fuhh, pedih dia macam kena tempak dengan senapang gajah kau!

Okay, lets start. Tujuan aku ambil lesen kereta ni bukan suka-suka. Aku nak tolong ayah aku untuk hantar adik-adik aku pergi sekolah. Kesian ayah aku. Terkejar-kejar bila nak pergi office sebabnya dia kena hantar adik-adik aku dulu ke sekolah. Bila hantar adik aku balik rumah pulak, dia takda masa nak makan tengahari dulu sebab dia kena rush pergi office balik. So, aku ambik inisiatif untuk pergi ambik lesen kereta. Aku ni memang seorang yg penakut untuk memandu. Start dari belajar basikal sampailah kereta. Tapi sebab aku fikirkan ayah aku, so, aku CUBA atasi ketakutan aku tu. Aku highlight sekali lagi, aku CUBA atasi ketakutan aku. Okay, so, aku pun pergilah daftar, masuk KPP, ujian komputer and blablabla semua proses sebelum dapat lesen L lah kan. Ujian komputer aku ambik sekali je. Tak repeat. Pintar tak? Hahaha. 


So, bila aku dah dapat lesen L, aku pun booking lah tarikh nak belajar. Malaun betul sekolah memandu aku ni. Hadoiyaiiiiii. Serious talk. Lambat sangat! Aku punya lesen L tarikh 25/1/14. Belajar 8 jam 19/2. You think? Masa tu je dah buat aku sakit hati. Tapi, okay tak apalah. Fine, aku terima ja. Bila start belajar, aku dari rumah memang semangat siot! Aku bersiap 2 jam sebelum pergi. Nampak tak semangat aku? Haha. So, bila start belajar, cikgu tu tunjuk dulu apa yg kita nak buat. Aku punya fokus kalah fokus dalam kelas wehh! Then bila dia suruh aku pulak buat, okay fine. Cantik jeee. Memang cun la kan. Aku tak ada masalah dengan kawalan clutch semua tu. TAPI, itu baru testing. Baru testing. Jangan sangka semuanya okay! Semuanya hampeh selepas peristiwa............................. Aku dimaki oleh cikgu tu! Hampeh betul. Wahai guruku tersayang, normal lah orang baru belajar buat silap. Kita manusia lahir bukannya terus pandai. Cikgu tu pun ntah2 lima kali JPJ test baru lulus. Manalah tahu. Geram betul aku ni haaa. So, silap aku masa nak belok. Aku tak tahu nak bajet stering nak pusing banyak mana kan. Tapi tolonglah faham! Aku memang tak pernah pegang stereng! Tolonglah faham! Tak boleh ke ajar slow-slow? Aku bukan binatang tak ada akal. Aku manusia waras cuma perlukan masa untuk belajar. Aduhaii. Agak-agaklah sampai cakap aku bodoh semua tu. Bila jumpa manusia macam tu, memang tak la aku nak hormat kan? 


Dia suruh aku pegang stereng 10, 2, okay fine aku pegang macam tu. Tak melawan pun.

Naik atas jalan suruh aku tekan minyak semua, aku cuba buat. Tapi biasalah first time okay aku bawak kereta atas jalan. Salah memang majoriti lah kan. Lepastu boleh maki aku tengah jalan. Eh, come on laaa. Cakap slow-slow, lembut-lembut, sopan-santun tak boleh ka? Kata orang Malaysia berbudi bahasa. So, tunjukkan contoh. Tak perlu pun nak maki hamun orang teruk-teruk. Buat orang stress, darah tinggi lagi ada laa. Cuba instruct elok-elok. Kita pun tenanglah bawak kereta. Tak adalah nak takut sangat. Dia kira maki dia.Dia tak dengar lagi aku kalau maki orang macam mana, boleh bunuh diri kot orang tu kalau dengar aku maki dia balik. Aku ni mulut jahat jugak kadang-kadang. TAPI, aku mulut jahat bersebab. Aku ni memang susah nak maki orang, nak benci orang. Tapi kenalah faham, aku ni manusia normal. Ada tahap kesabaran. Bila hati aku dah menggelegak nanti memang habislah dia. Aku ni bukan boleh. Harapkan sabar ja aku ni haa. 

Satu lagi perkara yg aku paling pantang dalam seantero dunia ni, adalah bila orang mencampur adukkan masalah keluarga dalam kerja. Tak kiralah masa sekolah ke, kerja ke. Semua tu tak patut campur dalam urusan kerja. Hey, dia kaitkan masalah keluarga. So whatttttt?????????????? Hey, kau sorang ke ada masalah keluarga ni?? Kau fikir masalah keluarga kau. Kau nak tahu masalah keluarga aku? Kalau aku cerita menangis dia siang malam dalam kereta tu. Banjir kereta tu dibuatnya nanti. Aku ni lagi laa. Aku ni mak dah meninggal, family sederhana. Ada banyak lagi family problem aku. Tapi aku tak patut cerita dekat khalayak. Aku ada maruah. Bukan macam dia. Entah-entah dia cerita masalah keluarga dia dekat semua student dia. Manalah tau kann. 

Aku perlukan cikgu yg boleh ajar aku dengan tenang. Tak adalah nak buat aku serabut, stress semasa drive. Aku nak jugak laughing masa drive macam dalam gambar tu. Seronok je tengok kann.

At least bagilah aku peluang untuk bertenang dan berfikir. Bukannya terus maki aku. Aku ada perasaaan kot. Ajar elok-elok tak boleh ke? Aku bayar laa. Aku bayar untuk ajar aku, bukan maki hamun aku. Cari rezeki biar berkat. Duit yg diterima tu biarlah dari kerja yg baik. Bukannya dapat duit dari hasil maki-hamun orang! Sembang pasal agama dengan aku tapi dia pun terkontang-kanting. Hishhh. Kalau ikutkan hati nak je aku saman sejuta dekat dia. Geram betul. Nasib baik aku ni masih berhati perut.  Aku usaha bukannya tak usaha. Ke kau nak duit je? Kau nak suruh aku tambah lagi kelas supaya kau boleh dapat duit? Macam tu? Puihhhh. Sengal. Aku nak jadi pemandu yg berhemah so, tunjukkan contoh teladan dekat aku. Dia pun bawa kereta macam pelesit, ada hati nak brainwash aku. Blahh laaa.


Satu lagi, aku bukannya bawak kereta masuk gaung. Aku tak terbabas apa pun, so apa kau nak bising. Kalau aku salah, cakap elok-elok. Aku dengar bukannya tak dengar. Maki hamun tu semua tak perlu pun. Buang masa ja. Tambah dosa korang lagi adalah. Yg tu pun nak kena ajar? Aku rasa dia ni kena pergi belajar pendidikan islam sekali lagila. Mesti dia failed tu masa SPM. Kalau tak mesti mulia sikit perangai dia.

Nak aku buat macam ni? Aku buat betul-betul baru sedar langit tinggi ke rendah.

So, pengajarannya, senang ja. Berbudi bahasa. Kita hormat orang, orang akan hormat kita balik. Kalau kita marah-marah, maki-hamun semua buat orang benci dekat kita je. Last-last, dia kemana, lesen kemana. Buang duit bapak aku jaaa. Buat kerja biarlah ikhlas. Baru senang orang nak belajar. Tenang ja masa belajar. Baru rasa semangat kan bila nak pergi belajar memandu. Ni kalau dah perangai macam ni, patah semangat aku nak belajar memandu. So please lah. Tunjukkan perangai yg baik. Aku ni sampai demam lah belajar memandu harini. Tak guna betul. 




Okaylah. Malas dah aku nak cerita pasal ni. Buat sakit hati ja. Eh, kalau sesapa ada pengalaman belajar memandu macam aku, cer komen. Kita sharing2 sikit. And, sesapa tolonglahhhhh bagi tips memandu dekat aku. I need it. Please. Wish me luck test qti nanti. See you later.

Bye. Assalamualaikum.




No comments:

Post a Comment