Everyone can't run away from problems . But , remember . Setiap yang berlaku ada hikmahnya . Allah sentiasa bersama orang-orang yang bersabar . This is my life , my story , my diary :D

Sunday, 29 December 2013

After SPM :D Part 1

Hye , Assalamualaikum .

Well , after I update about the day that SPM ended , I dah tak update kann . So , its time to update about what my friend and I do after the SPM ended . Everyone surely want their days after the biggest exam that is SPM full of sweet and awesome memories that can makes other people felt jealous . Hahaha . Jahat kann ? Sudah laa . Tak pandai aku nak berspeaking mat salleh ni . Aku ni orang Malaysia . Yang makan sambal belacan . Hahaha . Okay . Back to the topic . After SPM haritu . Aku takda buat apa pun . Setakat duduk rumah , pergi rumah tok dan menyemak kat aeon perda and sunway carnival mall ja . BUT


                                                    TRIP TO PANGKOR ISLAND

11,12,13 Disember haritu , trip yang dirancang oleh kami sekelas berbulan-bulan lamanya akhirnya berjalan dengan lancar . Well , nak tahu apa ? Haaaa . kami pergi melancong ke Pangkor Island Perak Malaysia . Haaaaa ... Best you all . I tak sangka trip ni akan jadi best macam ni . Aku ni jenis yang tak suka bermain dengan pantai or laut-laut ni . Senang cerita aku ni tak suka aktiviti laut laa . Aku ni nak naik feri kat Penang pun rasa nak menangis . Ni pulak nak kena naik bot , mandi laut , naik bot kecik and macam-macam la berkaitan aktiviti laut ni . Aku setuju nak ikut ni pun sebab aku fikir nak enjoy dengan classmates . At least trip ni dah berjaya kurangkan ketakutan aku terhadap laut . Hahaha . At the first day , 11 Disember 2013 , kami bertolak awal pagi dari sekolah ke jeti Lumut Perak . Then teruskan perjalanan naik bot ke Jeti Pulau Pangkor . Yeyyy .

                                               




HI , I just came back from my holiday at London . Hahaha . Poyo la kau . Pangkor je punn . 




CikNurFaiqa . Hahaha


Haaaa , before aku teruskan , aku nak inform yg post aku kali ni seriously banyak gambar . So , hope tak boring la yaaa . Just nak share moment kami kat Pangkor Island ni jaa . Heheee . Okay , masa kat sana , kami check in dan rehat kat chalet sampai malam . Tapi petang tu kami lepak-lepak jugak kat pantai . At 8.30 p.m. kami ada aktiviti BBQ . yeahhh . BBQ time . But , so sad . Masa BBQ ni aku rasa aku jadi photographer . But kenapa kawan-kawan aku tak letak gambar BBQ kat FB ? -__-  Aku nak copy pun tak boleh . Haihhh . Takpa laa . Then berBBQ la kami malam tuu . Okay . 

Esok tu , pagi-pagi kami ada aktiviti snorkeling . Tapi akuuuu .. PENGECUT SIKIT , so aku tak la masuk dalam-dalam . Takut laaa . Dah la berenang pun tak reti . Haduihh . Masa naik bot kecik untuk ke tempat snorkeling tu , aku la manusia paling hingaq dalam bot tu . Riuh bukan main . Bukan riuh seronok tapi riuh sebab takut . Habis berapi telinga orang dengar aku membebel . Hahaha . Sabar la yaa . Nak buat macam mana kalau dah dapat kawan pengecut dengan laut macam ni . Hehehee . Masa nak balik ke pantai tu , boleh bot tu rosak di tengah-tengah laut . Aku macam nak cakap kat abang bot tu macam ni "Heyy kau ingat ni cerita cuti-cuti cinta ke nak bot rosak tengah-tengah laut macam ni" Tapi gelabah punya pasal , aku terkedu sekejap . Hahaha . Aku dah la pengecut dengan laut . Tiba-tiba bot boleh rosak . Memang tak heran la kalau aku menangis atas bot tu . Tapi aku tak menangis . Control macho la konon . Hahaha .. Aku punya gelabah sampai surah Yaasin aku baca atas bot tu . Abang bot yang 3 orang tu boleh gelak kat aku ? :O Kejam :'( Then ada la bot penyelamat tu datang selamatkan kami . Huhhh , lega . Disebabkan peristiwa tu , tak pasal-pasal aku famous dikalangan abang-abang yg bawak bot kat situ . Tobat lahum aku malu woihhhhh . Naaaa , keluaq habeh bahasa utara cheq ni . Hhahaha . 


Poyossssss


Buah tangan dari Pangkor . Hahahaha . Cacat jari aku . 


Datin Seri Syahirah . Hahahaha :p Lagi poyoooo


Beri laluan Pikoq nak berjemur . Hahaha







Ini jebon namanya . Hahaha


tralalalala







We are one . Hahaha




Copy kat facebook Pikoq . 

Petang tu pergi makan-makan kejap . At the night . Kami ada dinner . Then game tukar-tukar hadiah . Time ni paling best . Sebab , masa game tukar-tukar hadiah ni , semua tourist tengok kami . Whoaaaaa , bangga tau . Kami macam one family jaa . Sapa dapat hadiah aku aku harap dia jaga hadiah aku dengan sebaiknya . Sebab walaupun hadiah aku tak seberapa , tapi dia ada sentimental value tau . Even hampa tak suka , yang penting jaga jaa . Jangan hilangkan , pecahkan atau yang sewaktu dengannya . Hahaha . 





Time game tukar-tukar hadiah :) Best gilaaaaa


Semua dah dapat hadiahh :D

Okay , esoknyaaa ... Hmmm , saat paling banyak feeling lah . Sedih ada , tak sabar nak balik lah . Macam-macam lah kann .. So , pagi tu bersiap-siap untuk nak balik . Packing beg semua . Lepastu pergi lepak pantai jap. So , dalam pukul 12 tu kami mula bertolak ke Jeti Pulau Pangkor . Tunggu bot sampai dan bertolak la kami ke Jeti Lumut . Lepas tu kami naik bas dan bertolak ke Kulim . On the way Kulim tu sempat lagi la berhenti kat Lumut untuk shopping . Haaa . At the end , dalam pukul 9 macam tu sampai lah kat sekolah 'kesayangan' kami . Cewahhhhh . Konon . Hahaha . 




Mak Bedahhh










Teruk gila aku edit . Gambar gelap gilaa . 


Okay .. Sekian cerita aku pasal Gathering Kerabat 5ai6 kat Pulau Pangkor . Ni baru part one okayy . Kalau nak sambung lagi memang 5 kilometer lah entri aku kali ni . Hahahaha . Okay , nanti aku continue part 2 pulak . To all kerabat 5ai6 . Thank you for your cooperation and support untuk menjayakan trip ke Pulau Pangkor ni . Tak sia-sia kita berpening kepala planning benda ni berbulan-bulan kann . Thanks a lot my friends .. Love you all . Hope kita boleh berkawan sampai kita dah jadi atuk-atuk dan nenek-nenek . Hahaha :D


Kerabat 5ai6 . Wohooooooo


Bye, Assalamualaikum . 





No comments:

Post a Comment