Everyone can't run away from problems . But , remember . Setiap yang berlaku ada hikmahnya . Allah sentiasa bersama orang-orang yang bersabar . This is my life , my story , my diary :D

Monday, 9 September 2013

Macam Kenal Ja ? :3

Hye , Assalamualaikum .

Alhamdulillah . Trial SPM dah pun tamat . Baru trial . belum SPM sebenar lagi . Haa ! SPM sebenar lagi lebih kurang 2 bulan ja . Dah mula rasa takut ni . So far , Alhamdulillah . Result trial aku okay la jugak . Banyak dah yg meningkat . Tak lah teruk macam dulu , Bahasa Arab aku okay la dari dulu . Yg paling naik melantun tu subject Bahasa Inggeris . Alhamdulillah . Teacher pun kata aku banyak improve . Maybe dulu aku main-main kot . Sekarang aku dah mula serious . Hmm , sekarang ni aku tengah countdown ja ke hari SPM . Memang betul-betul tengah menghitung hari untuk melepaskan semua ilmu yg dipelajari selama 2 tahun tu atas kertas SPM yg mengerikan :'( Memang aku dah mula rasa nervous lahh . Doakan aku boleh buat SPM nanti . Aku pun sedang berusaha memperbaiki apa yg patut . Usaha lebih sikit la . Man Jada Wa Jada . Siapa berusaha dia berjaya .


Haaa , itu muqadimah jaa . Harini aku nak cerita pasal satu incident yg berlaku harini . Tadi , masa aku jalan keluar dari gate sekolah , aku jalan dengan faiqa pergi 'bus stop' sekolah , tiba-tiba aku dengar ada orang cakap , "adik , mai beli ni adik" . Bila aku pandang sekali lalu , aku nampak ada orang jual dadih . Okay takpaa . Harini aku lupa bawak duit pi sekolah . So , memang tak la aku nak beli . Lepastu , aku pandang sekali lagi kat orang yg jual dadih tu . Then , aku just rasa muka orang tu macam familiar ja . Tapi aku buat taktau jaa . Malas nak ambik tau . Beberapa lama lepastu , faiqa ajak shikin kot pergi beli dadih tu . Tengok sedap jaa diorang makan . Herrr , kay fine . Aku tak bawak duit harini . So , aku sekali lagi pandang kat orang jual dadih tu . Kali kedua aku pandang ni , aku betul-betul rasa aku pernah jumpa abang yg jual dadih tu . Serious . Aku cuba fikir dan rewind balik kat mana aku pernah jumpa dia . Hmm , okay . Tak ingat jugak . Aku tengok sekali lagi orang tu . Fikir sekali lagi . Haaaaa ! Ingat dah . Orang tu yg kerja dengan aku kat The Store Landmark Kulim haritu . Nama dia zafri kot . Tak ingat dah . Taaaapi , dia kata dia study kat UITM . Aku ingat ciri-ciri dia . Tinggi . Itu jaa . Muka dia pun aku ingat daah . Sebab dulu aku panggil dia "si panjang" . Dia sembang dengan aku macam-macam laa dulu . Tak silap aku dulu dia jaga brand Cheetah Junior dan tempat dia kat sebelah aku . Aku dulu jaga jenama Cute Maree . Okayy , masa tu yg first sekali bermain dalam fikiran aku ialah "takkan dia tipu aku ? Dulu dia kata dia student UITM" . Okay Ciah . Think positive . Maybe yg tu pelanduk dua serupa . Or dia tengah cuti semester dan tolong mak dia . Hmm , aku rasa nanti aku nak pergi lah tegur dia . 

By the way . 16 hb ni aku nak hangout kat landmark kulim . Aku nak beli hadiah harijadi adik aku . Nak cari shawl sekali . Aku sekarang ni minat kat shawl balik . Sebab shawl lebih labuh dan menutup dada . Kita sebagai perempuan kenalah tutup aurat kann ? 


Okay . Aku nak mengundur diri . Nanti aku update lagi entri baru . Got to go now . 

Bye , assalamualaikum . 


Sunday, 1 September 2013

Busy On Trial :')

Assalamualaikum , hye :)

Minggu ni last trial SPM . Memang dah lama aku tak update blog ni . Hmm , lebih kurang 68 hari lagi nak SPM sebenar . So , aku makin sibuk lah sekarang . Dalam entri aku yang lepas aku ada cakap yang aku nak cerita pasal iftar haritu . Waaaahh , dah berkurun . Actually iftar haritu berjalan lancar . Alhamdulillah . Takda apa yang menarik sangat nak cerita . Tapi apa yang pasti , budak-budak kelas aku semua sporting haritu . Terima kasih atas kerjasama :)

                               10 tahun lagi aku akan menagis tengok gambar ni :') Bak kata Pikoq .

 So , masa hari raya , aku beraya dekat Ampang . Tempat asal aku merangkap kampung ayah aku . Tapi seriously sunyi sangat-sangat . Orang KL balik beraya kampung ? No , bukan tu sebab dia . Walaupun memang ramai orang KL balik beraya kat kampung tapi KL tak pernah sunyi . Jalan still jammed . Biasalah . Bandar raya macam KL tu . Akan lengang ka ? Tak kot . Sunyi sebab takda opah dengan tok :'( Dua-dua dah meninggal . Beraya dengan adik beradik ayah ja . Tapi it's okay . Lagi tak best kalau beraya kat rumah sendiri . Lebih baik balik kampung dan berkumpul ramai-ramai . Meriah sikit kan ? So , aku nak share la gambar raya haritu .

Dengan family dan adik beradik ayah :)

Dengan adik aku . Adik aku ni lah yg orang kenal . Yg lain-lain diorang tak kenal sangat . Haha :D




 Lepas raya jaaa . Jengjengjenggggg . Apa lagi trial laa :'( Guest what . Susah giloshhhh soalan-soalan dia . Nak nangis boleh ? Tapi ya lahh . Memang kata orang trial lagi susah dari exam sebenar . Hope exam sebenar nanti tak la susah sangat . Yang paling menyakitkan hati , paper trial science negeri kedah dalam bahasa melayu . Sakit pulak hati kita ni . Dah la aku ni hafal dalam bahasa inggeris jaa . Sampai cikgu pun kata "Hampa ni mat saleh celop la" Hahaha . Nak buat macam mana cikgu . Kami ni science dari darjah satu dalam bahasa inggeris . Haishhh , memandai jaa tukar-tukar . Geram lahhh .

Dalam masa trial ni , jangan ingat mood raya dah hilang :D No , tak hilang lagi . Aku sempat lagi la buat open house baru-baru ni . Pandai dak aku pilih tarikh buat open house ? Haaa , aku pilih tarikh 31 Ogos 2013 . Merdeka Raya ! Yeyyy . Hahaha . Actually ni first time family aku buat open house . So , kepada sesiapa yang datang kalau ada sebarang kesilapan dan kekurangan . Saya memohon ribuan kemaafan . Insyaallah akan diperbaiki lagi nanti :) Jangan serik yaaa . Hahaha :D Tak sempat nak ambik gambar pun masa tu tapi ada la sikit-sikit .

Haa , ni masa awal-awal lagi . Yang perempuan laa . Yang lelaki malu-malu apa taktauu . Hahaha :) Thanks guys sebab sudi datang . 

Dengan adik-adik yang comel . Okay hiraukan muka aku yang superb pelik tu . Biasalah , kepenatan . 

Dengan adik angkat aku yang comels ni . Untunglaa comel :) 

So , itulah serba sedikit cerita aku . Yeyy , finally blog updated . Insyaallah lepas trial habis aku update lagi . Minggu ni last trial . Wish me luck kayy ? 

Ohh yaaa . Now aku dah jatuh cinta sekali lagi dengan One Direction lepas lagu baru diorang yang tajuk dia Best Song Ever tu keluar . Video dia pun Ohsemmm . Aku ni jadi minat balik dengan Louis Tomlinson yang superb cute+handsome tu . Dulu aku minat dah kat Louis tu . Tapi lepas dia buat tatto , aku jadi tak suka kat dia . Tapi sekarang aku minat biasa-biasa jaa . Tak la obses macam dulu . Actually aku suka tengok Louis menari . Semangat gitu . Zayn Malik pun okayy , tapi dia menari kayu laaa . Tengok la video diaa . Make up depa jadi gila baq hanggg . Sampai tak cam laa . Hahaha

Look , look :O How cute nyaaa Louis nii :* 

Look , tak cam kann ? Hahaha

Ohh my Louis . Semangatnyaa kau menari dalam video ni :*

Berbangga lahh hampa wahai K-poppers . One Direction pun tiru . Hahaha . Aku tak minat K-pop so , aku tak tau ni group apa -,-

Okayy One Direction , you're awesome :3 

Okayy . Setakat ni ja aku update . Nanti aku update lagi . Lepas trial insyaallah . Doakan aku dapat result ynag baik dalam trial kayy ? Okay nak sambung study :) 

Bye , Assalamualaikum .