Everyone can't run away from problems . But , remember . Setiap yang berlaku ada hikmahnya . Allah sentiasa bersama orang-orang yang bersabar . This is my life , my story , my diary :D

Wednesday, 12 June 2013

To Be Honest ..

Hai , Assalamualaikum .

Hmm , dah lama tak update blog ni . To be honest , aku sibuk sekarang . Sibuk ? Hahaha . Poyo je aku ni . Macam lah aku ni menteri kann ? Hee :3 Actually sekarang kan sekolah . So , letih sikid lahh . Takda masa nak update blog . Masa bukak sekolah , macam biasa ja sekolah . 6.45 keluar rumah untuk pergi sekolah then balik sekolah pukul 3 . memang penat lah kan , 8 jam dekat sekolah ja . Balik sekolah ada la sikit time nak rehat . Lepas tu buat homework dan blablablaa . Sedar sedar dah malam . Biasalah , dunia akhir zaman . Masa memang cepat berjalan . Tapi busy busy pun sempat jugak snap gambar buat DP dengan twitcon baru xD Hahaha

Okay . Tak comel . Tau daah :p

 Actually takda cerita yang menarik pun . Tapi nak cerita sikit pasal semalam . Semalam , hari rabu , 12/6/2013 kami ada Hari Usahawan kat sekolah . That means hari ni khamis , 13/6/2013 kami cuti ! Yeyyyy :D tu yang ada masa nak update ni . Hehe . Okayokay . Sambung balik pasal cerita hari usahawan tadi . Aku ni , biasalah . Mesti berkhidmat dalam Scout kann ? Aku tolong cikgu untuk jaga gerai Pengakap . Kami buka gerai SweetCorn :D Haa , simple jaa . First , aku kena buat board untuk promote sweetcorn tu . Lepas tu pi kukus jagung . Then try dulu buad sweetcorn tu . First try tak jadi . Then , kali kedua , danish try . Bolehlaa . Jadi jugak . Then , third try , cikgu pulak buat . Tadaaaa .. Jadi . Haa , lepastu , mulalah sesi membuat sweetcorn . Mula-mula cikgu buat dulu . Lepastu aku dengan Khairul take turn . Haha , masa tu aku berangan yang topi chef ada atas kepala . Eh ? Perasan kann ? Heheee . Then , jualan kami laku . Sampai kena pi beli jagung lagi lahh . Terer dak ? Haha :D Lepas habis berniaga . Kemas-kemas dan boleh balik . Lepastu , cuti hari ni . Yeyyyy !

Hari ni pagi-pagi lagi aku bangun pasal dah plan nak pergi library buat akaun dengan kawan . Aku datang library awal sangat . Library pun tak bukak lagi . Masa tu Faiqa ja yang dah sampai . Aku dengan Faiqa pun tunggu Alya kat Taman Tasik Kulim . Sebelah je kan dengan library tu . Masa tunggu Alya tu , sempat jugak lah aku cerita kat Faiqa pasal cerita sedih aku dengan 'Cik Abe' aku tu . Hehehe :') Lepas Alya sampai , kami tunggu sampai Syikin pulak sampai . Menyumpah jugak lah tunggu Cik Kak sorang ni . Lepas beberapa minit . Haaa , sampai pun Cik Kak ni . Kami pun pergi serang Pasar Kulim sementara tunggu library buka . Pergi tengok-tengok ja . Tak beli apa pun . Then , Syikin kata dia lapar . Kami pergi cari makanan dan kami decide nak beli roti canai jaa . Masa nak order tu , terserempak pulak dengan Hilal . Student form 5 jugak kat sekolah aku . Hee .. Lepas beli roti canai , kami melepak kat Tasik Kulim . Sempat jugak lahh snap-snap gambar . Biasalahh . Kalau dah gila lensa macam aku ni ... Hehee . Faham-faham jelahhh .

With Alya . Something wrong dengan muka aku . Erghhh . Tapi , merah dak aku ? Haha


Faiqa dan Syikin . Muka Faiqa macam muka kakak dia lahh :D


Background lawa . Background je kayy

Okay . Tak tahu dah nak cerita apa sekarang . Nanti lah . Kalau ada cerita menarik , aku update lagi :D Nak sambung buat kerja kursus akaun . 

Bye , assalamualaikum 


Wednesday, 5 June 2013

Friends Never End !

Hai , Assalamualaikum .

Today aku nak explain balik tentang diri aku .  Kawan-kawan suka nilai aku tanpa mengenali siapa aku ni . Okay , aku nak cerita sikit eh . Aku ni seorang yang peramah , gila-gila , no control-control naah dan tak berkira . Tapi semua ni cuma untuk orang yang rapat dengan aku . Bila aku ada dengan orang yang tak rapat dengan aku , aku automatik akan jadi pendiam , sopan , control , tak reti nak buat lawak and semua benda yang bertentangan dengan sifat aku bila aku berada dengan orang yang rapat dengan aku . Hmm , satu lagi . To all my friend , aku ni tak suka duduk dalam puak . Means kena ada geng . Geng ? Yaaa , geng . Yang taknak rapat dengan orang lain . Duduk je dalam puak tu . For me , people like that tak open minded lah . Aku ni spesis yang suka berkawan dengan semua orang . Dan , kawan rapat tu mesti lah ada kann . Macam aku , aku ada Waniee , Diyana , Faiqa , Izzatul , Alia dan sapa sapa ja yang selalu ada dengan aku . For me , diorang lah kawan rapat aku . Tapi , walaupun aku rapat dengan diorang , aku still tak anggap kami duduk dalam satu geng . Aku betul-betul tak sukalah duduk dalam geng-geng segala tuu . Semak . Rasa macam tak bebas nak berkawan . Kalau duduk dalam geng nanti , bila kita nak berkawan dengan orang lain , mulalah kawan-kawan dalam geng tu mengeluh , menyumpah kata kita ni lupa kawan . Hello ! Berkawan biar beribu berkasih biar satu okayy :) Jangan control kawan sangat boleh .

Hmm . ada jugak yang kata aku ni jenis yang cari kawan bila perlu . No ! I'm not like that lahh . Kan aku dah cakap . Aku berkawan dengan semua dan hidup aku bukan untuk berkepit 24 jam dengan seorang kawan . Aku ada ramai lagi kawan yang aku kena jugak jaga hati dan perasaan diorang . So , tolonglah jangan serbu tak pakai helmet . Semua perkara yang terjadi itu bersebab . Please take a note . Jangan nilai aku bukan-bukan lagi . Aku faham , aku ni bukannya malaikat . Semua manusia tak sempurna . Semua ada buat salah . So , kalau aku ada buat salah . Tegur la aku depan-depan . Aku akan mintak maaf . Jangan lah kutuk belakang-belakang . Nanti kalau aku dapat tau , aku pun sakit hati , aku pulak kutuk kat belakang . Dua-dua dapat dosa . Kan tak baik tu . Better cakap depan-depan . Senang .

For me , dalam berkawan , kita always kena ada sifat tolak ansur . Macam aku cakap tadi . semua orang tak sempurna . Nobody perfect . So , bawak-bawak lah bersabar . Tak payah nak dendam sangat dengan kawan kita tu . Okay ? Hmm , aku bersyukur sebab aku ada kawan macam ni . Yang always tolak ansur dengan aku . She is Diyana . Thanks Diyana :*

Aku takkan pernah lupa kawan-kawan aku . Contohnya macam sekarang . Kawan baik aku masa tadika pun aku ingat . Nama dia Faizah . Ayah dia dulu kerja kat kantin sekolah rendah aku , SKKB . Masa sekolah menengah pulak aku ada Fadzlin , Dalila , Izzatul , Aina dan Syahirah :) Sampai sekarang aku tak boleh lupa diorang . Berkawan tu penting . Kita boleh share secret kita , kita boleh share problem kita dan kita boleh share cerita kita or study sekali kaa . Kan ? That's friendship :) Macam gambar kat bawah ni . I'm always keep in deep of my heart our moment <3

FRIENDS NEVER END :*

Sapa paling comel ? ;) Haha

Aku , Waniee dan Izzatul :)




With Alinn :)

Hangout last year


With Fadzlin :3

I love them and of course .. 

I love my dearest Wanieee :D

See ? Ni baru sikit . Banyak lagi gambar aku dengan kawan-kawan sepanjang aku kenal diorang . I love them so much :* So , please  Jangan nilai aku bukan-bukan lagi naah :') 

Bye , assalamualaikum .

Monday, 3 June 2013

My Obsession ! :D

Hai , Assalamualaikum .

Hmm , aku nak tutup cerita sedih . Now , aku nak cerita sikit pasal aku punya obsession :D Aku ni sangat sukakan Photography ! Yeahh .. Photography . Aku ni pantanh tengok DSLR . Tak kiralah sapa punya , aku mesti nak pinjam . Dapat ambik satu gambar pun cukup lahh . Hahaa :D

Aku ada lah tolong cousin aku buat photography ni . First dia ajar aku guna . Then , aku dah tau lah sikit-sikit . Tak pro lagi lah . But , bolehlah dari tak reti langsung kan ? Lepas SPM aku nak belajar lagi . Haa ! Ayah dah janji , kalau SPM aku dapat elok . At least 5A lahh . Ayah nak belikan DSLR yang aku suka sangat tu . Nak tau DSLR apa ? Hmm ..



Tadaaaa . Aku nak yang ni . Canon EOS 700D :) Wahh , really love this DSLR . Nice kann ? Haa , doakan aku dapat 5A ya ? Then ayah belikan yang ni . Hahaha 


Haa , look . Me as a photographer . Hahaha . Gambar lama ni . Last year kot . 

Aku ada lah tolong cousin aku shoot gambar kek-kek yang dia buat sebab nak promote kat Facebook . Dia pun tengah jadi businesswoman sekarang . Hahaha . Aku pun tolonglah sikit-sikit . Support dia kann . 


Dann , inilah hasil kerja aku . Ermm .. Yang ni dah edit . Terang sikit kan ? Biasalah .. Saya budak baru belajar . Hehehe


Yang ni aku edit letak sekali . Buat collage terus senang . Tak larat nak upload banyak-banyak . Hahaha


Haa , yang ni aku suka . Aku rasa macam dalam majalah masakan jaa :D Bangga jugak lahh


Ni punn . Biasa ja kot


Dua-dua gambar ni pun aku shoot . Masa dah pro sikit . Sikit jaa 

Hmm , aku sebenarnya teringin gak DSLR yang merah tu . Yang Canon EOS 1100D tu . Tapi aku lebih minat EOS 700D . I don't know why . Hahaha :p Tapi aku tengok orang pakai camera tu pun smart jugak . Hahaha . Kalau ikut kepala aku ni semua DSLR aku naak . Hahaha . Tapi nak buat apa simpan banyak-banyak kann ? 


Look . Smart jugak lahh . 

First aku belajar guna DSLR , cousin aku tunjuk dulu button-button dia then teknik shoot gambar tu , Basic jaa , Dia shoot dulu then dia tunjuk kat aku baru dia suruh aku try . Dannn


Tadaaa , ni dia first dia tunjuk . Nice jugak lahh . Sekarang aku reti daah :P Hahaha . Dah dah . Jangan tenung lama-lama gambar ni . Model tak lawa ;) Hehehe

Okay lahh . Entri aku kali ni banyak jugak lah gambar . Dah cerita pasal photography kann . Mestilah banyak :D Kalau ada sapa sapa nak ajar aku pasal photography ni , silakann ... :D Aku naak sangat tau :) Hmm , okay . Nak tidur . Dah pukul 12.35 ni :) Tak elok tidur lambat sangat kann ... 

Bye , assalamualaikum

Just Go ! :'(

Hai . Assalamualaikkum .

Hmm , I don't know why but sekarang ni aku rasa dia dah lain . Dia means 'Cik Abe' yang aku pernah cerita dalam entri sebelum ni . Serious dia dah berubah . Dia tak macam yang aku kenal dulu . Dulu dia happening , gila-gila , annoying , caring , suka buat muka seposen , suka buat lawak tak jadi ... Semua tu yang boleh buat aku sangkut kat dia . Hahaha :') Bila aku baca balik text dia masa mula-mula kami texting dulu . Huuu , serious banyak beza . Ya lahh . Aku faham . Manusia boleh berubah bila-bila . Makin lama aku kenal dia aku rasa macam ... Erm , makin menyampah dengan perangai dia . Seriously . Dia selalu buat aku marah walaupun ada certain time dia pujuk aku balik . Hmm , maybe dia dah ada someone special yang lain . Yaaah , susah untuk aku accept semua ni . Tapi aku ni siapa nak halang dia ? Betul tak ? Aku pun kadang-kadang menggedik gak dengan orang lain . Aku tak boleh nak salahkan dia . Maybe now I have to let he go . Aku tak boleh nak menyibuk dalam hidup dia macam sebelum ni . Now , aku pun dah jarang texting dengan dia . Dulu , setiap 5 minutes ada ja text dari dia . Now , 5 hari pun belum tentu dapat . Takkan aku nak paksa dia text aku , care pasal aku everytime 24/7 pulak kan ? Dia pun ada hak untuk jalankan life dia . Now , I have to focus on my study . SPM berapa bulan ja lagi . And now , aku malas lah nak ambik tau pasal dia . Lantak lah kann . And aku malas nak accept someone special dalam life aku buat masa sekarang . Even crush aku yang sorang lagi tu . Hahaha . Angan-angan tinggi lah aku ni . Hmm ...



Hmm , benda ni lah yang aku dah lama nak cakap kat dia :')

Okay . Dah dah la tu . Jangan nak feeling feeling sangat lah . Entri ni merapu ja . Benda remeh ja . Baca entri orang lain pulak . Cerita diorang lagi gempak ! Hahaha : ) 

Bye , assalamualaikum . 

Sunday, 2 June 2013

Takdir :')

Hai . Assalamualaikum .
Sekarang ni kan cuti sekolah . So , memang musim kenduri kahwin lah kann ? Dalam satu hari tu boleh jadi 5-6 invite dari orang . Ye laahh . Tapi apapun , kalau dah jodoh . Aku ni , semalam dengan harini kerja makan kenduri jelahh . Hahaha . First , kenduri kahwin kawan ayah . Second , kenduri kahwin sedara mara aku jugak lah . Aku sendiri pun tak tahu relation aku dengan dia . Biarlah . Yang penting aku tahu dia tu a part of my family , Then , kenduri rumah kawan mak sedara aku . Haaa , sekarang ni memang trend orang kahwin tema warna kelabu ehh ? Aku tengok pengatntin kat kenduri-kenduri yang aku pergi semua pakai warna kelabu . Haha . Biarlah . Asalkan diorang bahagia sudah :)

Haa , ni masa kenduri dekat Jitra . Suasana kampung jaa :) 

Kenduri hari Sabtu , aku pakai warna hijau . Aku actually memilih jugak kalau nak pakai baju kurung . Aku tak suka yang simple sangat contohnya baju kurung kosong ja without any manik . Tapi aku tak suka yang over sangat . Manik keliling baju . Sampai tak dapat beza yang mana pengantin dan yang mana tetamu . Haha :D


With my cousin . Kat rumah tok . Before pergi kenduri kahwin sedara :) Eh ? Aku nampak kecik disitu :P Hahahha

Kenduri masa hari Ahad pulak cousin aku ajak pakai jubah . Haaa , yang sadisnya . Lepas kenduri kat rumah sedara aku tu , aku decide nak tidur rumah sepupu aku tu . Tapi , aku tak bawak tudung lebih . Aku pun pakai lah tudung yang sama masa pergi kenduri . Tudung bawal tribal kesayangan aku tu lahh . Hahaha . Tak kisahlah . Yang penting bertudung :)


See ? Ni lepas kenduri . Muka penat + kenyang . Hahaa . Simple makes perfect :*

Hmmm , cerita pasal kenduri kahwin , jodoh semua tu . Semua orang mesti tahu . Jodoh pertemuan , ajal maut ditangan tuhan . Sedang ada yang bergembira dengan perkahwinan yang baru dibina , ada yang gembira menyambut kehadiran keluarga baru ataupun menerima menantu dalam keluarga , ada jugak yang bersedih dengan pemergian orang yang dicintai . Ya lahh . Ajal maut di tangan tuhan . Tak kira usia . Bila-bila saja Allah boleh tarik nyawa kita . 

Pagi tadi . Hari Ahad jam 7.54 pagi , adik angkat aku , Ainna mesej aku . Aku pun check lah mesej dia . Aku terkejut . Mulut aku terdiam . Still tak percaya . Aku takut diorang ni main-main ja dengan aku . Ainna text aku macam ni "Kak , hafiz dah takdak :'( " Serious . Before this aku kenal Hafiz sebagai seorang yang ceria . Suka mengusik . Bila aku baca balik aku punya chat dekat Facebook dengan Hafiz , seriously aku nak menangis . Dia akan cerita masalah dia kat aku . But , dia tak pernah cerita pun yang dia sakit . Aku baru tahu yang dia ada ketumbuhan dekat otak . Itu pun adik angkat aku yang bagitau masa Hafiz nak kena operate . Aku cuma mampu berdoa ja agar Hafiz selamat bila aku tau yang Hafiz akan kena operate . Then tak sangka pulak yang armawh akan pergi meninggalkan kami dengan secepat ini . Itu lahh , ajal maut ditangan tuhan . Siapa pun tak boleh menjangka bila dia akan pergi menyahut seruan Ilahi . So , aku check wall Facebook Hafiz , dan aku dapat tau yang dia meninggal jam 2.30 pagi . Innalillah . Apa yang aku boleh buat sebagai kawan ialah mendoakan agar rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman . Kepada sesiapa yang turut mengenali Muhd Hafiz (aku tak sure nama ayah dia) . Jika arwah ada buat silap , maafkan dia ya . Semua orang pasti ada membuat kesilapan kan ? Memaafkan itu lebih baik . Kita pun tak tahu kita ni macam mana . Kadang-kadang kita buat silap tanpa kita sedari . Orang sekeliling yang menilai kita . Kita jugak tak tau bila kita akan menghembus nafas yang terakhir :'( 

Kesimpulannya , kita sebagai manusia , umat Islam , harus menerima qada' dan qadar . Menerima takdir dari Allah . Sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah kepada Hafiz . 

Hmm , okay . Kita tutup cerita sedih sekejap . Tak baik sedih lama-lama . Nanti roh arwah tak tenang . Hmm . Dalam pukul 8 malam tadi . Mak sedara aku dari Kuala Lumpur datang . Then dia ajak makan-makan kat luar . Aku suggest pergi MonRods . Sebab aku tak pernah lagi pergi makan kat situ . Tapi ayah aku bawak pergi tempat lain . Tak kisahlah . Tak baik melawan kan ? Then pergi makan-makan dengan family . Best jugak . Lama tak sembang-sembang dengan makcik . Last aku jumpa makcik masa cuti akhir tahun , tahun lepas . Tiba-tiba lepas aku minum air , aku tolaklah sikit gelas tu ke tengah . Aku taktau macam mana gelas tu boleh terbalik . Means terjatuh la . Air pun tumpah . Aaaaaa ! Malunya . Semua tengok :/ Adik aku ingat ada kucing kat bawah meja yang buat aku terkejut . Sebab aku ni memang seorang penakut kucing tegar ! Hahaha . Tapi bukan . Aku pun tak tau macam mana gelas tu boleh jatuh . Haaa . Biarlah . Then lepas habis makan ayah sembang-sembang dengan makcik dan pakcik kat kereta . Kereta ayah parking dekat tepi highway BKE tu . Waaaa ... Cantik lah pulak kat tepi highway tu kan . Best pulak tengok kereta lalu lalang . Hahaha . 


Haaa , nampak lampu dan signboard kat belakang tu ? Hahaha , Aku pun taktau apa motif aku snap gambar ni . It's okay . Cantik jugak Kulim waktu malam :D Kann ?

Okay . Tak larat nak tulis lagi dah . Hari ni banyak kisah suka duka aku . Ada part yang buat aku tersenyum , ada part yang buat aku bersedih . Tapi , aku terima ja . Allah dah tetapkan hidup kita macam mana kan ? Redha jaa : ) Kita yang masih hidup ni , teruskan perjalanan hidup ini . Okay , selamat malam semua :) 

Bye , assalamualaikum .