Hmm , pagi tadi bukak-bukak langsir jaa nampak macam ada dua orang naik motor menyinggah kat rumah sebelah . Err , aku hairan jugak . Rumah sebelah aku tu dah bertahun takda orang duduk . Yaaa :D that means , itu jiran baru aku . Yeyy , finally . Ada jugak orang duduk kat sebelah rumah aku . Tak la sunyi sangat nanti . Tapi , aku tak sempat nak tegur . First sebab aku segan . Sebab yang datang tu lelaki macam berumur sikit la dengan anak lelaki dia maybe . Sebab aku nampak sorang lagi lelaki tu macam muda lagi laa . Takkan aku nak menyibuk pulak kan . Dah la diorang tengah busy buat kerja . Garu kepala pakcik tu nanti bila aku tetiba ja tegur buat ramah over gitu . Aku tak nampak la pulak ada perempuan kat situ . Maybe sebab rumah baru , barang pun tak habis pindah lagi . Nanti ada la tu . Aku harap pakcik tu ada anak perempuan . Lagi terbaik kalau anak perempuan tu sebaya dengan aku . Whoaaaa :O Hahaha , aku berharap ni . Tadi ayah ada menyembang dengan pakcik tu . Tapi ayah tak tanya pulak pasal anak-anak dia . Alaaaa :( Ayah ni . Takpa lahh . Nanti aku tau jugak . Apa-apa pun . Hello neighbour :D Semoga kita boleh menjadi jiran yang baik :)
Bercakap pasal jiran , aku nak share sikit pasal adab berjiran . Haaa , adab berjiran ni aku belajar masa form 2 ka form 1 ntah . Lupa pulak . Hehehe , takpaaa . Yang penting aku dah belajar pasal ni . Jangan ambik remeh pasal adab berjiran ni sebab jiran ni orang yang ada berhampiran dengan kita pada setiap hari . Silap-silap hobi kita apa pun diorang boleh tau . Hahaha . Tambah lagi aku . Aku ni ratu melalak dalam rumah . Hee , tapi dulu takda orang kat rumah sebelah . So , sekarang ni aku kena kurangkan tabiat melalak dalam rumah laa . Diorang dengar nanti tak pasal-pasal aku tanggung dosa sebab suara yang dilenggokkan itu kan aurat :)
Okay , let's start . Nak share ilmu ni . Hmm .. Apa itu jiran ? Jiran ialah orang yang tinggal berdekatan dengan rumah kita sama ada di kiri , di kanan , di depan , di belakang , di atas , di bawah sehingga 40 buah rumah di setiap penjuru . Islam sangat mementingkan adab-adab berjiran . Ciri Jiran yang baik ialah jiran yang bertanggungjawab dan sentiasa perihatin dengan jiran lain . Kita wajib menolong jiran yang dalam kesusahan meskipun jiran itu bukan beragama Islam . Antara adab-adab berjiran ialah menziarahi jiran . Haaa , ziarah jiran ni bukannya masa perayaan saja tau . Pergi la ziarah diorang masa diorang sakit ka , ataupun pergi ziarah diorang dan bertanya khabar . Mana lah tau diorang dalam kesusahan . Janganlah menyombong sangat sebab nanti kalau kita susah , diorang jugak yang nak tolong . Kan ? Seterusnya , menghantar makanan kepada jiran . Ya lahh , kita masak sedap-sedap . Mesti jiran sebelah bau masakan kita tu kan ? Mesti diorang teringin . So , apa salahnya kita share dengan jiran kita . Bukan orang lain , jiran kita jugak . Takda ruginya kalau kita buat macam tu . Malah , orang akan lagi hormat pada kita . Am I right ? Selain itu , menjauhi sifat hasad dengki . Haaaa , yang ni bahaya . Kadang-kadang bila tengok jiran beli sofa baru kaa , mesti kita nak jugak kan ? Tak pun kalau diorang beli kereta baru ka . Comfirm ada perasaan cemburu kan ? Haa , cuba buang sifat tu . Tak baik . Orang pun jelik tengok kita nak berlumba-lumba dengan jiran . Harta dunia ni , kita tak boleh bawak masuk kubur pun . Bersyukur lah dengan apa yang kita ada .
Kadang-kadang bila ada free time . Cuba ajak jiran bergotong-royong . Haa , ni pun salah satu adab berjiiran . Bergotong-royong ni bukan saja dapat mengeratkan silaturrahim , malah dapat menjaga kebersihan . Kebersihan kan separuh daripada iman . Hahaha . Dan yang terakhir , tidak membuat bising ataupun menjaga ketenteraman jiran . Haa , macam aku cakap tadilah . Aku kena hentikan sikap aku yang suka melalak dalam rumah tu . Bukan saja berdosa kalau diorang dengar , diorang pun mesti rimas dengar kita melalak tu . Betul tak ? Hehe :) Jangan lupa , jaga batasan aurat ketika bersama dengan jiran . Kalau kita ni jiran yang baik macam mana sekali pun , tapi bila jumpa jiran pakai seluar pendek , tunjuk rambut tu pun takda guna . Okay ?
Haaa , ni contoh jiran yang baik .
Hikmah menjaga adab-adab berjiran ialah kehidupan akan tenang dan harmoni . Selain itu , masyarakat akan hidup bersatu padu dan saling membantu . Seterusnya , mudah mendapat bantuan apabila diperlukan . Akhir sekali , haaa , yang ni paling penting . Mendapat keberkatan dan rahmat daripada Allah S.W.T. :D
Waaa , jadi ustazah aku kali ni . Hahaha . Excited dapat jiran baru . Biasalahhh :D Take a note okay ? Setakat ni ja entri aku kali ini .
Bye , assalamualaikum .